Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Friday, April 17, 2015

Nak on balik ke hobi ni?

Gadoh2 tu aku tak suka
Masing2 tunjuk terer pun aku meluat....
Rasanya boleh kot.... buat hal sendiri
Nak bukak balik kotak isi barang2 radio aku kot lps ni....
Tapi..... tgk lah....kot2 aku free

Wednesday, July 6, 2011

Saturday, July 2, 2011

Hobi Baru aku


Dengan SLY PROFIT dan KAOS aku...

Saturday, December 4, 2010

Main-main jer.. Fx150- 6 speed- Oil cooled..

 Ngalahkan bebudak muda lagi.... tapi saja beli sebab seronok memiliki benda2 yang jarang org ada nie....

Wednesday, September 22, 2010

Perginya seorang wanita yang amat disanjung dan dikagumi - Ibunda juga 'kawan karib'ku

19/09/10 - Bondaku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah berjuang untuk hidup sejak beberapa lama. Al-Fatihah untuk roh beliau.
Aruah memang rapat dgn ku sejak dari kecil. Hidup kami susah dan kami terpaksa membanting tulang bersama-sama untuk menanmbah pendapatan keluarga. Seawal usia 9 tahun aku sudah kenal pisau getah, mendulang bijih, memperisi kacang tanah juga menanam sayur. Memang dulu aku agak memberontak...kenapa aku saja kena 'dera' untuk bekerja untuk keluarga sedangkan yang lain-lain tinggal dirumah senang lenang.... Tapi lama kelamaan baru aku tahu yang aku lah anak lelaki yang ada pada masa itu untuk men'jaga' nya kerana ayahnda (aruah) jarang pulang sebab bekerja sebagai buruh lombong di Tg Tuallang.
Memang agak sukar untuk menerima hakikat bahawa aruah telah pergi tetapi aku redho memandangkan kesakitan yang dialaminya agak kritikal. Dalam pada keadaan sebegitu di Hospital, beliau sempat berseloroh dan dia tahu bahawa aku suka 'main-main' dengan nya sejak dari kecil lagi. Dia telah ku anggap sebagai 'kawan' baik aku disampaing menjadi ibu untuk menasihati aku setiap masa. Aku jarang melanggar arahannya dan dalam apa-apa juga keadaan, jika aku sudah marah... dia akan menenangkan aku... Itulah 'kawan' aku sehingga hari ini...
Kini beliau sudah pergi... selesai sudah matlamat aku untuk tinggal 'dekat' dengan rumahnya... dan kini aku akan terus mencapai cita-cita aku di dunia yg lebih luas lagi.
Selamat tinggal ibu. Semoga rohnya dicucuri rahmat setiap masa...

Friday, September 10, 2010

Ratings and Recommendations