Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Thursday, June 4, 2009

Hari-hari yang bosan - Nak lari mana?


Cuti sekolah ni ramai ada kat rumah tu. Selalunya kita celik mata dah sunyi sepi sekarang nie kita celik mata dek keriuhan sekeliling. Mana tidaknya, anak2 semua ada dirumah. Yang dari bawah bayu pun pulang dengan sistem AV gedebum gedebamnya, yang lain-lain sibuk dengan streamyx dan laman web masing-masing.

Seringkali aku memikirkan dalm 3-4 tahun lagi dimana anak-anak sudah dewasa dan menuju hala sendiri dan alamat sunyi sepi lah lagi rumah ini seperti mana semasa mula-mula kawin dulu. Aduhhhhhh....... padanlah ibunda aku ambil anak angkat untuk menggantikan keriuhan itu. Aku pula telah mula berjinak2 untuk keluar menghabiskan masa untuk projek paintball aku dan sesekali menjenguk rakan-rakan di Kelab Radio Amatuer yang satu masa dulu menjadi tumpuan utama aku. Aku rasa tidak lama lagi aku sudah berkira-kira untuk mencari satu 'superbike' yang memang telah lama aku idam-idamkan. Bukannya apa, tetapi untuk meluangkan cuti2 aku bersama rakan-rakan baru dan menerjah lokasi yang lebih jauh dan lebih mencabar.

Isteri aku membising untuk mengajak aku pulang ke Sg Petani, rumah dah beli dan segalanya disana. Berat hati juga untuk meninggalkan kampung halaman ini kerna aku lebih rasa selesa disini, kampung aku sendiri dari di sana kampung tah siapa2 tah...

Apa-apa pun aku rasa jika aku berpindah pun dengan diam-diam sahaja kerana aku tidak sanggup nak bertentang mata dengan rakan2 yg sama-sama berjuang menjadikan kumpulan itu teguh dan dikenali. Tapi sekali air bah... mesti ada yg berubah...

1 comment:

Unknown said...

Bukan tak boleh beli Li tapi superbike jangan la. Mana sama macam kita muda-muda dulu merempit. La ni tersangkut tank heheheh. Carilah CBX ka . Boleh joint aku ,hehehehhe. Kasi perangat sikit.

Ratings and Recommendations