Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Sunday, June 21, 2009

Mana masa aku? Aku rindukan mu!

Semenjak dari minggu lepas jadual aku agak sibuk dan tidak menentu. Dulu aku rasakan terlalu banyak masa terluang. Aduhai... mungkin tuhan menguji aku sebenarnya
Sabtu 20/06 - Kuala Dipang, menguruskan tapak baru paintball aku. Sudah dapat hutan yang dicari, trek sudah dirintis cuma nak di tambah kubu dan terowong. Malam- mesyuarat projek kejohanan yg akan dibuat Ogos nanti.
Ahad 21/06 - Ke UniKL Manjung, urusan Pesta Paintball mereka, menerangkan do & don't dan menguji net dan bunker.
Isnin 22/06 - Kerja. Beri ceramah kefahaman Halal pada pekerja. Pagi dan Petang.. Perghhh..
Malam ni plan nak ke UNIKL... settle 2-3 perkara yg berbangkit
Selasa 23/06 - Seharian dengan XYL di Sg Petani, urusan insuran & mahkhamah anak yg tertangguh dah 5 tahun. Boleh gak ushar rumah, bersih2kan dan perbetul mana yg boleh. Maybe tak lama lagi akan menetap disana pulak.
Rabu 24/06 - Kerja. Ada training tentang tatacara menyelamat diri dari kebakaran oleh konsultant luar. Gelak jer aku... dulu aku yg bg training ni di tempat kerja yg lama tapi ikut jer laa... makan free.
Khamis 25/06 - Cuti. D-Day untuk paintball di uniKL. Walaupun diorang yg handle event..kena tengok2 jugak bahagian teknikal kot2 kokap nanti
Jumaat 26/05 - Cuti. Final game kat uniKL. Nak tgk closing ceremony. Dan nak collect barang-barang yg dikasik pinjam.
Sabtu 27/06 - Hantar anak gi BTN di Port Kelang. Perghhhhhhhh........ travel lagik
Ahad 28/06 - Test padang baru di Kuala Dipang. Harap kubu dan terowong dah siap...


p/s Rupa-rupanya agak sibuk juga kalau kita buat part-time bisnes nie.. tapi agak seronok, kerana tiada ruang untuk aku memikirkan benda2 tak berfaedah yang lain.....

No comments:

Ratings and Recommendations