Hari ini hadi ulangtahun kelahiran aku yang ke empatpuluhempat (44). Dah 44 tahun aku menongkat dunia rupanya. Apakah sumbangan aku pada keluarga, agama, bangsa dan negara selama ini? Termenung aku sejenak memikirkannya.
Pagi ini buat julung2 kalinya aku dapat hadiah dari rakan sekerja aku.. yang peliknya lelaki... "selamat harijadi boss".. wow!! ada jugak yang mengingati aku. Mungkin kerana semalam hari jadinya dan hanya ucapan sahaja dapat diberikan. Terimakasih rakan!.
Kebetulan 2-3 hari lepas aku sambut harijadi XYL aku secara kecil2an. Kali pertama tanpa kedua2 anak aku sebab mereka melanjutkan pelajaran. Hrmm...terlupa sebab beli makanan untuk kapasiti yang lebih besar sedangkan apa yang ada dirumah itu lah patut di kira sahaja.
Apa-apa pun aku bakal kehilangan mereka tidak lama lagi. Bila besar masing2 dengan arah tujunya. Mohon doa pada Allah supaya mereka tidak melanggar perintahNya juga tidak terpeson Akidahnya. Itu sahaja keinginan ku diusia 44 tahun ini. Biar miskin dan daif macamana pun tapi jangan susahkan masyarakat, agama & negara...
selamat harijadi pada aku sendiri ..... hehehehehe....
No comments:
Post a Comment