Rentetan peristiwa yang dialami sendiri juga untuk dikongsi bersama

Friday, November 20, 2009

Dah..sangkut pulak dah!!



Yang memang tak nak dah datang pulak. Racun mengena, dah sua, kita rembat saja, tunggu apa lagi. Lepas ni sakitlah... bila dok turut hati mau tak lekat ler kat rumah.

Thursday, November 19, 2009

My New 4X4 Team

Kebetulan ada 4x4 yang tak pernah diajar untuk dibawa secara kasar dan kebetulan dapat berjumpa team yang mempunyai hobi yang sama maka pertembungan ini membuatkan aku teruja untuk mencuba-cuba.
1st trip with the gang - Overnight with family at Teluk Senangin on the icebreaker program. Experiance on overnight fishing before will be adapt on this trip. And of course to get know each other much closer.

Hope will be success on the trip, and to plan for another trip after this.....

Sunday, November 15, 2009

Tambah Koleksi

Hari ini dapat satu set Motorola GP2100 sebagai tambahan koleksi UHF aku. Radio dalam keadaan baik dan disertakan dengan satu charger (lokal) yang jugak berfungsi.
Jadi sekarang sudah ada SD40 (RIG), GP328, GP2000 dan GP2100. Hrmm.... Hobi punya pasal lah ni...

Friday, November 13, 2009

Ipoh 4X4 Team - Pasukan Baru Aku


Baru jumpa pada geng sebenar 4X4 yang sepatutnya aku join di Ipoh ini semalam. Mulanya agak keberatan memandangkan jentera aku yang 'kecik' tu berbanding dengan mereka yang 'besor2' belaka.
Apapun saja ingin menukar angin dengan ber'konvoi' di trek yang lebih adventure dan berkelah didalam hutan..

Tuesday, November 10, 2009

Ke Paka, Terengganu

Paka atau paker? Tak pasti mana betul sebutannya..

Kebetulan ada jemputan untuk majlis perkahwinan kawan XYL di sana, jadi mengambil peluang ini untuk meninjau-ninjau tempat sebelum program konvoi bulan Februari nanti.


Cadangan pergerakan adalah Ipoh-KL-Karak-Kuantan-Paka. Tengah tinjau-tinjau frekuensi yang boleh digunakan disepanjang perjalanan nanti.
Homestay telahpun dibooking cuma jumlah hari tidak pasti lagi.

Sunday, November 8, 2009

Fishing Trip 8/11/2009 - Segari Power Plant

Berakhirlah sudah sesi memancing aku di Segari. Lokasi pilihan ini agak baik dari segi tangkapannya tetapi dari segi suasana sekitar agak kurang sikit. Banyak nyamuk dan sampah sarap, botol2 terbuang kemungkinan hanyut dari mana-mana rasanya.
Tangkapan kali ini seperti berikut;
1. Ikan tanda
2. Belanak
3. Pari (anak)
4. Todak
5. Gelama
6. Ketam batu (sesat)

Kami cabut dari tempat tersebut jam 3 pagi kerana tak tahan dengan nyamuknya menuju ke Pasir panjang kerana rakan cina kami nak kutip udang pasir untuk buat goreng.

Trip selanjutnya tidak pasti lagi dan semestinya bukan ke Power Plant lagi.



p/s - Next event 15/11 Kenduri keluarga di tempat kerja. Masak sama-sama makan sama-sama

Sunday, November 1, 2009

Touching

Sungguh mengharukan jika anda faham maksud tersiratnya.....



Sebuah karya Aruah Yasmin Ahmad