Dengan callsign sebagai address blog.. tentu orang menyangka aku akan menulis berkenaan radio. Hmm... rasanya tidaklah kot. Sebab aku terpaksa menten 6-7 blog yang lain jugak...
Catatan perjalanan?? Iya..mungkin... Tapi bukan 100% nya.
Banyak orang tidak tahu apa hobi aku .. selain dari radio amatuer.... Hobi yang memang lama aku buat yang semua orang tidak memahami tabiat aku termasuk lah isteri aku yang sudah bersama 20 tahun lebih itu....
Aku suka memerhatikan pelbagai jenis kenderaan di atas jalanraya... bentuk, mekap, jenis pelik dsbnya... Mak aku kata, masa kecil dulu aku suka lepak depan halaman rumah yang ditepi jalanraya itu sambil mengira berapa kenderaan yang lalu, jenis, no plet dan sebagainya... dan hobi pelik itu memuncak sehingga aku sanggup berhendi didepan 'used car' semata-mata untuk membelek-belek kereta yang ada disitu. Wife aku memang dah masak sangat. Kekadang aku suruh dia shopping, aku pulak ke use car.. bukan nak beli kereta.... tapi nak tengok kereta...
Dan lebih parah bila aku surf internet untuk mencari model yang aku lihat sebelum itu..,..
Sekarang ini aku ada kamera digital ready dalam kereta aku, kot-kot mana tau dapat merakamkan visual yang baru
Pelik kan? Jadi.. aku rasa sudah sampai masanya aku abadikan nya dalam blog ini untuk tatapan anak-anak aku..maybe cucu-cucu aku dimasa akan datang....
Sama-sama kita nanti kemunculannya....
No comments:
Post a Comment