Terpanggil untuk melihat sendiri gadjet yang dipasang oleh rakan lama aku, kami bersetuju untuk berjumpa di sekita Pengkalan. Terpegun aku tengok Car PC yang berada didalam bonet kereta dalam bekas transparent dikelilingi oleh kipas kecil yang bertindak sebagai heat remover. PC disambung dengan touchscreen disebelah depan.
Dari PC ada FM transmitter (500m jauh) yang mana boleh di kesan oleh FM radio.
Terpegun jugak aku, GPS scanner di atas 3rd brake light dan digerakkan oleh software yang dicipta sendiri oleh beliau.
Dalam sudut hati aku ligat memikirkan kos termurah yang membolehkan aku membina gadjet seperti beliau. Terbayang di fikiran aku Notebook buruk (P4) aku yang tersadai akibat kerosakan hard disk dan keyboard...
Aku mencadangkan untuk memulakan projek ini didalam kereta TIARA aku yang terpaksa aku guna semula selepas kenaikan harga minyak yang mendadak ini..
Nanti aku masukkan disini jika ada apa apa pembaharuan....
No comments:
Post a Comment