PDRM memang boleh mengesan dari mana datangnya seseorang pelayar internet itu selagi mereka surfing dari ISP Malaysia dengan kerjasama ISP-ISP tersebut. Tak tahulah kalau surfing dengan identiti anonymous iaitu menggunakan web proxy luar negara.
Saya pernah terbaca dalam forum mengatakan PDRM mempunyai pakar-pakar forensik IT. Mereka boleh mengesan segala bukti walau pun komputer telah di format semula. Seperti juga handphone, walau pun sudah didelete sesuatu fail/sms masih ada pakar yang boleh mengoreknya semula.
Jadi, jagalah bahasa kita walaupun hanya memberi komen.
Enam pengunjung blog didakwa hina Sultan Perak
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSEIN
KUALA LUMPUR: Enam pengunjung laman blog didakwa di Mahkamah Sesyen di empat bandar utama hari ini kerana kesalahan menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam laman blog.
Keenam-enam mereka didakwa di bawah Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.
p/s. diambil dari laman blog orang lain.
No comments:
Post a Comment