
Bercadang untuk beli satu disebabkan harganya yang agak 'murah'. Tapi tak pasti yang mana lebih baik. Berlingo ini rasanya klon dari Citroen Evasion, lampu depan dan belakang agak 'ketinggalan zaman'. Model 2001-2004 ini telah dihentikan pengedarannya kerana sambutan yg 'dingin' di Malaysia. Harga ditawarkan RM16,500 untuk keluaran 2001

Kangoo keluaran Renault ini nampaknya masih ada model yang terbaru. Tapi masalahnya 'sejarah' renault ini agak kurang baik. Model terdahulu yang mana alatgantinya yang tiada dipasaran membuatkan aku berfikir banyak kali untuk memilikinya.
Keluarannya bermula 2001 dan model 2009 mencecah harga RM38,000. Untuk model tahun 2004 harganya RM23,000 ++

Peugeot - nama yang terbaik buat aku. Mungkin disebabkan aku menggunakan Peugeot selama ini dan aku rasa tiada masaalah dalam menjaganya. Walaupun alatganti yang agak 'mahal' tapi masih ada dipasaran.
Yang malangnya tak banyak orang mahu jual balik model ini. Kenapa yer? Mungkin pemiliknya merasakan tiada masaalah ketika memiliki jentera ini....
Dah aku fikir2kan.... samaada Berlingo RM16,500 atau Partner RM23,000... dan tidak sekali untuk Kangoo....
Tunggu sahaja kalau ada rezeki selepas ini..menjadi milikkulah jentera ini.
No comments:
Post a Comment