Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Monday, April 27, 2009

VEE99 - Apa dah jadi ni?

Pening jugak memikirkan tentang kelab aku ni. Semenjak pengurusan dikomersilkan, harapan aku ia akan dapat berdaya maju berbanding dengan yang sebelumnya.
Bukan nak campurtangan mahupun ambilalih tapi banyak panggilan aku terima dan rungutan mereka bahawa frekuensi ini sudah 'kosong' dan tidak semeriah dahulu. Ada jugak yang mahu VEE99 ni dijalankan seperti dahulu. Jawapan saya mudah sahaja; tanya kepada pengurusan komersil yang baru kerana susun atur dan hala tuju VEE99 ini bergantung kepada mereka yang baru meneraju kelab ini. Aku agak sibuk dengan bisnes peribadi aku dan urusan-urusan personal yang lain. Tambahan pulak tidak lama lagi aku akan mula meneruskan pengajian aku di KL jadi sebab utama aku melepaskan teraju ini adalah untuk memberi peluang pada tampuk baru dengan idea yang lebih baru dan yang lebih mencabar.
Jadi, kepada mereka yang menghubungi aku sebelum2 ini atau pun yang akan hubungi aku untuk tanyakan pasal VEE99 ini, harap rencana ini memberi penjelasan sebenar.
Aku juga tahu yang dahulu kita sama2 menaikkan nama VEE99 ini, susah payah, penat jerih, tangkis menangkis, maki hamun..semua ada. Jadi memang patut juga anda bertanya apa dah jadi pada penat jerih itu, jadi jawapan aku.... kita bagi peluang kepada pengurusan baru untuk menguruskannya. Kejayaan bukan tiba dengan serta merta, ambil masa. Agak mudah untuk menaikkan sesuatu nama itu tetapi untuk memperthankannya memang sukar dan perlukan pengorbanan yang banyak.
Kepada pengurusan baru, harap dapat membawa kelab ini ke taraf yang lebih tinggi. Mendengar pendapat ahli yang lain patut diambil kira. Kerana tanpa mereka..siapalah kita.
Samalah juga.. tanpa anda membaca blog ini.. tak guna aku tulis rencana pun..


Sukses selalu... aku akan meyokong VEE99 100%

No comments:

Ratings and Recommendations