Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Tuesday, May 19, 2009

Minggu yang amat sibuk

Begitu sibuk aku rasa diri aku sekarang ini. Maklumlah.. perniagaan sudah bermula dan aku mahu pastikan setiap sen yang aku laburkan akan membuahkan hasil yang sepatutnya.
Ahad 17/05/2009 - Pagi - ke Jahang untuk selesaikan game yang tertangguh disebabkan hujan sebelum itu . Petangnya aku ke Kuala Dipang untuk meninjau tempat yang kan aku gunakan untuk games pada 24hb ini. Petang tu pesiapan untuk pertunjukan paintball disekolah dibuat. Aduhh..letihnya..
Isnin 18/05/09 - Awal pagi hujan. Ingat games kansel, tapi jam 9.00pg hujan reda. Call ofis kata nak emergency anual leave (alasan personal).. hehehe... Semua persiapan dah ready. Games mula jam 11.30pg selesai 4.30 petang. Kemas barang dan balik rumah. Letih sungguh. Malam eyeball dgn DrH & FAN dll...
Selasa - Masuk ofis. Pagi ada inspection dari JKKP. Lepas tu ada audit ISO. Tahap gaban aku menyiapkan report yg tertangguh. Tapi alhamdulliah, semua kerja selesai. Petang cadang nak ke K. Dipang jumpa urusetia program utk 24hb nie. MAlam ada eyeball dengan VEE99 (lama dah tak eyeball)
Rabu 20hb - Ada mesyuarat Pengurusan di ofis - Rasanya seharian di dlam bilik mesyuarat. Petang cadang nak shoot-up ke KL. Nak jumpa supplier, nak ambil pallet paintball dan kemungkinan senapang barang 2-3 laras lagi.
Khamis - Cadang nak ambil satu tank lagi untuk standby games 24hb nie. Takut ko-kap time sedap-sedap main. Fuhhhhhhhhh.... mcmana nak handle 30 team ni gamaknya.
Jumaat - dlm progress menyiapkan apa2 yang tak siap
Sabtu - dah plan nak ambil cuti lagi. Nak siap2kan tapak paintball.
Ahad- D-day... tak tahulah apa nak jadi.

No comments:

Ratings and Recommendations