
Namun bintang sudah tahu menyinari dirinya sendiri dan telah sama-sama menyinari kegelapan malam. Kekadang tatkala bulan di litupi awan maka bintang-bintang ini akan meneruskan menerangi malam seperti biasa.
Setelah bintang mampu bersinar sendiri maka terdapatlah bintang-bintang nakal yang sudah mampu bergerak jauh dari bulan. Bulan rasa bangga kerana bintang-bintangnya telah mampu menyinari di hampir keseluruhan malam kini. Ada juga bintang nakal yang cuba-cuba untuk menyakat bulan dan mengharapkan bulan tidak muncul lagi menerangi malam.
Bulan dianggap menangguk diair keruh. Menerangi untuk keuntungan sendiri dan sudah dianggap musuh kepada bintang-bintang nakal ini. Bintang-bintang baru yang muncul agak keliru, mahu menurut bintang nakal atau pun bulan?
Bulan dengan rela membiarkan sang suria untuk menyinari tapi sinaran suria terlalu panas dan bukan di malam hari. Bulan seperti biasa memerhati, dah sering dituduh mengkhianati siang meskipun tidak mungkin menyinari diwaktu terbit matahari. Bulan mungkin berlalu pergi, dan mengharap bintang-bintang yang selama ini setia disisi bulan akan mengerti.
Bulan sabit baru akan muncul lagi tetapi adakah sama seperti bulan sabit yang sering diusik awan tempohari ?
Bintang nakal tetap ketawa sendiri kerana niat hati yang tidak suci selama ini dan hanya dapat menyinari jika diberi makan yang mencukupi....
No comments:
Post a Comment