Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Saturday, September 5, 2009

Strategi Membrek


Strategi Membrek (Oleh Ismail Abu Talib, Pegawai Kanan Teknikal)

Brek adalah antara fungsi penting apabila anda memandu kenderaan. Jika brek kenderaan anda tidak berfungsi, anda dinasihatkan supaya tidak memandu kerana ia akan menimbulkan risiko yang tinggi seperti berlaku kemalangan memandangkan kenderaan anda tidak boleh dikawal.

Carta di atas menunjukkan anggaran jarak pembrekan dan pemikiran untuk kenderaan yang bersaiz sederhana di mana kecekapan brek adalah 60% dan 80%, manakala kelajuan perjalanan antara 50, 80 and 110km/j dalam keadaan jalan yang kering.

Masa yang diambil untuk berhenti bergantung pada masa tindak balas iaitu 0.5 – 1.0 saat. Ini adalah masa yang diambil untuk membrek kenderaan agar berhenti. Pada masa tindak balas ini berlaku, kenderaan bergerak dan dipanggil “jarak berfikir”.

Andaikan brek anda diselaraskan dengan sempurna dan brek dalam keadaan memuaskan dan berfungsi dengan efisien, keadaan yang terbaik adalah sekitar 80 peratus.

Tetapi, untuk mendapatkan pemberhentian yang baik dan jarak yang dikehendaki, tayar mestilah bersesuaian dan boleh mencengkam di atas jalan.

Jika permukaan licin, jarak berhenti boleh dicapai tetapi lebih dari carta yang dipaparkan. Jarak pembrekan keempat-empat roda secara mengunci boleh menyebabkan kenderaan anda tidak dapat dikawal. Oleh itu, sistem brek yang lebih canggih dicipta iaitu ABS (Anti-Lock Braking System) atau Sistem Brek Antikekunci.

Article contributed by AAM

No comments:

Ratings and Recommendations