Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Sunday, September 13, 2009

Tawaran PERCUMA Swiss Garden Damai Laut 3D2N

Semalam aku dapat offer lagi dari Swiss Garden Damai Laut Resort
untuk percutian PERCUMA selama 3 hari 2 malam disana. dan sekali lagi aku terpaksa menolak kerana tarikh yang ditawarkan bersamaan dengan masa aku menghantar anak aku ke KLIA. Beliau akan ke UK pada 26hb ini untuk menyambung pelajarannya.
Terimakasih kepada JEFF dari Swiss Garden KL kerana menawarkan aku percutian tersebut dan aku tidak pasti kenapa dia memilih aku 2 kali untuk tawaran ini.
Aku dah semak ketulenan tawarannya kali pertama dulu dan sememangnya aku hanya perlu meluangkan masa 2 jam untuk 'tour visit' di keseluruhaan hotel tersebut sahaja. So kepada sesiapa yang mahukan tawaran ini boleh call aku. Detailnya: Check-in 3pm 25hb Sept- Check Out 12pm 27hb Sept. Syarat2 lengkap akan diemail pada yg berminat.

No comments:

Ratings and Recommendations