Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi Kuala Dipang - nasib Baik..


Tragedi semalam memang tidak diduga. Selalunya perkhemahan KRS sebegini mesti dihadiri oleh harmonik saya tapi entah kenapa pada kali ini beliau tidak pergi. Kebetulan anak2 yang lain menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dan beliau terpaksa membantu mereka dalam pelajaran.

Lokasi kejadian memang saya arif sekali kerana padang paintball saya berhampiran benar dengan tempat tersebut. lokasi itu sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar sekolah dalam pelbagai aktiviti mereka. Tahun lepas XYL saya pernah berada disana untuk menjalankan aktiviti bersama anak2 murid beliau.

Tempat tersebut memang agak 'keras' kerana progam terdahulu dimana dianjurkan oleh sekolah XYL membuat beberapa pelajar hesteria dan meracau meminta 'nyawa' setelah balik dari program tersebut. Jenuh jugak para guru dan ustaz menenangkan mereka. Nak percaya benda tahyol ni memang salah tapi tak percaya ..berlaku depan mata sendiri.

Apa-apa pun biarlah kejadian ini membuka mata kita semua dan rakyat Malaysia.. Nama Kuala Dipang telah terkenal kini dan ini dapat diperhatikan dari hitting 'youtube' acara paintball saya.
p/s - difahamkan pelajar yang selamat yang dijumpai di kebun tebu mengalami trauma dan terpaksa di hantar ke pakar sakit jiwa. Ada guru pula kena belasah dengan ibubapa. Patut ke guru yang kena ? Walhal program atas arahan siapa?


No comments:

Ratings and Recommendations