
7/11 ni nampak gayanya akan bersama-sama rakan sekerja keluar memancing sekali lagi. Berlanjutan dari trip pertama, trip kedua ini nampaknya ramai yang berminat untuk turut serta. Bukan apa, gimmik trip pertama terlalu kencang disokong pula oleh gambar-gambar menarik yang dirakamkan semasa itu.
seperti biasa tugas aku bukan memancing, cuma ingin menyatupadukan rakan-rakan sekerja dalam gerak kerja berkumpulan serta membina semangat juang yang tinggi.
Cadangan akan ke Segari jugak tetapi kali ini akan mendekati power plant pulak. Dengar cerita banyak ikan ada disitu. Tapi aku apa peduli..yang penting boleh masak-masak makan sambil bersembang dengan mereka....
p/s.. relax jugak dapat tidur atas pantai berbumbungkan langit. Lama dah tak buat kerja macam tu....
No comments:
Post a Comment