Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Saturday, December 5, 2009

Wow..Durian lagi

Memang aku peminat durian tapi kali ini aku rasa agak pelik kerana durian spesial ini baunya tak macam durian biasa yang kita beli kat tepi jalan tu. Selepas ber'paintball' tengahari semalam terserempak dengan penjual durian ni dan saja lah aku acah-acah untuk menerai sebiji dua. Jadi kebetulan hujan pulak selepas game tu, aku berteduh kat khemah yang memang ada sekitar situ. Jadi melapah durian lah kami.
Bagi yang biasa ada dudun durian mungkin tak heran sangat tapi bagi aku durian ni baunya seakan-akan bau daun-daun kayu , tak sekuat biasa. Bawak dalam kereta airond pun kurang menyesakkan nafas. Durian dari Hutan bukit Salu katanya. Yang tumbuh meliar dan isinya pula ...'ganja' maknanya biji kecik.
LAst2 aku borong habis apa yang dijualnya untuk bawak balik rumah. WIfe dan anak2 aku kata memang berlain dari yang selalunya.
Hmm... rezeki... durian bukit. Isi sedap walaupun nak bukaknya macam kupas nyor jer.... hehehehe...

p/s First time aku jumpa orang belah durian pakai sabit...

No comments:

Ratings and Recommendations