Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Tuesday, January 26, 2010

Jadi DJ majlis Perkahwinan? Ada yg tergugat nanti.....


Tergelak jugak aku bila ada orang offer untuk menjalankan aktiviti DJ disatu majlis perkahwinan tidak lama lagi. Apa yang aku tahu aku cuma jadi DJ kat konti aku di ofis sahaja yakni layan muzik kegemaran aku sendiri sambil buat kerja... Lagipun banyak DJ luar sana yang berpengalaman untuk mengendalikan majlis serupa itu.
Satu perkembangan yang menarik apabila mendapat penghargaan sebegitu rupa dari rakan-rakan sekeliling kita. Terimakasih kepada yang menawarkan aku tapi aku rasa terpaksa menolak kerana aku akan mengendalikan majlis Hari Keluarga di padang paintball aku sendiri pada tarikh yang sama.....

No comments:

Ratings and Recommendations