Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Sunday, January 17, 2010

Misi penting - SELESAI

Sejak memiliki callsign sah, memang tidak pernah beramah mesra dengan 'sifu' aku iaitu 9W2IBS. Terkenang semasa aku travel Ipoh-Sg Petani satu masa dahulu, beliaulah yang sering menjawab pangilan aku sepanjang perjalanan dari Taiping hinggalah mencecah ke sempadan Penang. Banyak ilmu dan pengajaran di ambil dari beliau dan masih dipraktikkan hingga hari ini.
Alhamdulillah, walaupun bukan mudah nak berjumpa 'orang kuat' ASTRA ini, tapi tadi sempat jugak aku bersalaman dengan beliau dan berbual rancak dengan macam-macam isu. Seperti dulu jugak, beliau tetap sama dan terimakasih Pak Berahim atas tunjuk ajar anda selama ini. Pesanan beliau, Radio Amatur adalah hobi sahaja, jangan ambil terlalu serius dalam kehidupan seharian.. Orang bagi frekuensi.. sembanglah apa-pun..janji tidak melanggar 2-3 perkara yang termaktub dalam etika penyiaran...
Apa pun tadi aku sempat QSP di 145.475MHz... aduh... mati aku dikerjakan oleh rakan-rakan disana.. tapi..seronoknya jika ia boleh terjadi di sini...

No comments:

Ratings and Recommendations