Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Monday, April 12, 2010

Membidik Rezeki...

Tahun ini merupakan tahun dugaan bagi aku dalam kehidupan. Bekerja makan gaji sambil membuat perniagaan sampingan diwaktu cuti. Aku akui banyak masa digunakan dan tenaga terpaksa diperah. Dan dalam pada itu terpaksa jugak aku korbankan perkara-perkara lain juga.
Cabaran ini dipikul dengan baik buat masa sekarang kerana pengalaman-pengalaman lepas banyak mengajar aku untuk menghadapi situasi sebegini. Hobi radio yang di ikut sebelum ini telah banyak dikurangkan. Bukan dah jemu tapi tiada masa untuk mengikutinya dengan sepenuh hati.
Apapun rezeki perlu dibidik dahulu, tumpang kederat masih ada, mata masih boleh terbuka, akal masih boleh menerima..... Semoga kawan-kawan tidak menganggap aku membuang terus hobi radio ini kerana dengan radio ini juga aku telah mengenali ramai di udara juga di meja gerai makanan...

No comments:

Ratings and Recommendations