
Tahap maksima. Terima kasih rakan-rakan kerana menenangkan aku tentang catatan aku yang lepas. Memang lah sepatutnya aku tak melayan benda-benda macam tu tapi tuduhan yang melampau itu buat aku meluat dan membalas balik dengan geramnya. Betul jugak orang kata, kalau kita layan orang BENGONG macamtu, kita pun bengong sama. Jadi...biarlah dia nak kata apa... hak orang lain nak hakimi semua itu.
Sifu aku ada ajar, kalau tak puas hati.. terus saja bersemuka, jangan selindung-selindung. Biar dapat jawapan yang dikehendaki. Ada beberapa rakan radio yang aku benar2 hormati kerana akan terus menghubungi aku jika dia rasa inginkan jawapan.
Tapi biasalah. Jika jadi ketua ini, memang ada yang tidak puas hati. Kekadang ada ahli yang ingin mempergunakan kekuatan kelab untuk temolok sendiri dan memang aku pancung terus. Aku sukakan transparent. Jika nak bagi satu projek, biar semua ahli2 lain tahu. Jangan buat belakang2 tapi gunakan nama kelab. Aku suka setiap tawaran projek ada hitam putih, kerana aku dah banyak terkena dari segi kewangan, mahu pun dari segi masa. Bercerita nak bagi itu ini dan suruh kita survey itu dan ini...dan akhir sekali, segala yang telah kita usahakan diberi kepada orang lain atas alasan ..orang lain itu bagi tawaran lebih rendah.
So.. ada pendapat boleh turut..ada pendapat patut sanggah. Itulah prinsip seorang ketua. Dan kini..aku bercadang untuk tubuh satu pasukan ahli Sukan untuk Kelab Paintball Negeri Perak ini dan target aku adalah Liga Nasional pada tahun hadapan. Mungkin jadi kenyataan atas doa rakan-rakan....
3 comments:
Relaks la Li. Nanti datang darh tinggi, dah adat manusia. Suka mengata orang, betul kita buat pun salahn salah lagi la salah. Kalau ikutkan orang apa pun kita tak boleh buat. Pegang adat ni. Hidup tak kerana doa, mati tak kerana sumpah. Pekakkan telinga, butakan mata, bio le deme Li... hehehhe
kalau kita buat benda yang betul tak kan datangkan masalah kpd org lain. jgn bodoh sombong, tidak apa/tidak kisah atitude & syok sendiri. cuba nilai kekurangan & kesilapan pada kita. Kalau main pandai2 sendiri aje kelak kita boleh tersesat jalan
Aku doakan tidak berjaya sebab nanti ko mesti ambik kesempatan dengan kawan-kawan. Macam ko buat kat VEE99.
hahahahahahahahahahaha
Post a Comment