
Kenapa sekarang aku patut dengar kata orang? Kenapa tidak dulu? Kenapa tidak masa mula2 kena maki dulu?
Itulah aku. Aku ada prinsip sendiri. Ada pendirian. Kalau tidak rasanya yang ber callsign kat Ipoh nie memang boleh bilang dengan dari. Teringat aku dulu masa mula2 memegang V82 dan ingin bertanya tentang Radio Amatur ini. Di As*** , kena sound dekat 2 jam. Last-last balik Sg Petani, rakan-rakan sana kata, diorang boleh ajar. So bercakaplah melanun di V44 SP.
Jadi dalam hati aku kenapa tak di sini? Ipoh..tanah tumpah darah sendiri. Jadi dengan 9W2DRH (dulu SWAL ZOL @ XNX) kami pandai-pandai bukak frekuensi untuk belajar QSO. Mula-mula 146.880MHz, 145.880 lepas tu 145.990MHz dan akhirnya 144.990MHz.... Maka ujudnya simplex keluarga Perak.
Kena sound, kena marah, dpt SMS, masuk dlm email dan macam-macam lagi menasihati aku dan ada yang menggertak. Jadi kalau aku 'dengar' cakap orang waktu tu... memang anda pun tidak mungkin mengenali aku... Sebab aku dah tanam radio V82 tu dalam tanah depan rumah aku di Tronoh Mines tu.
Bukak simplex 144.990Mhz... macam2 karenah, waktu tu ada yg tekan PTT, ada yang pancar lagu dan macam-macam. Kebetulan waktu tu dah ramai.. jadi ada jugak tempat mengadu.. ada jugak tempat untuk meluah perasaan. Ada jugak kawan-kawan suruh tutup jer dan ikut jer frekuensi yang ada..... kalau masa tu aku 'ikut' kata kawan2 tu... memang orang2 baru yang ada lesen sekarang tak akan kenal aku dan kami yang lain.
Naikkan nama VEE99 dengan ikut konvoi, walaupun orang kata penyebok, kami buat jugak. Buat konvoi jelajah Pantai Timur ..hanya untuk perkenalkan VEE99.... untuk membuat orang kenal siapa dan apa itu VEE99... kalau ikut kawan2 yang kata membazir sahaja... memang VEE99 ni orang tahu hanya utk ajar SWAL QSO... lepas tu jadi simplex haram diketuai oleh aku sendiri...
Dan sejarah lain..ramai orang tahu. Sedikit demi sedikit mengorak langkah, tanpa menoleh kebelakang, tanpa mendengar runtunan mereka yang mahu VEE99 ini jatuh.
Jadi, bagi aku jika aku ambil alih semula frekuensi ini dan ramai yang tak setuju aku tak kisah. Kerana selama ini pun yang membina VEE99 adalah beberapa kerat sahaja tinggal sehingga sekarang. Ramai yang tidak nampak ada pihak cuba meruntuhkan tetapi aku sendiri tahu dan hanya membiarkan sejauh mana mereka mampu untuk mempermainkan aku dan ahli2 yang lain ini.
Jangan rasa tanpa anda VEE99 akan jatuh kerana lebih baik ada 2-3 orang yang berkualiti yang mahu sehidup semati dari beratus ahli yang hanya mementingkan diri dan berani menyalak di balik bukit sahaja dan bersembunyi dibelakang busut anai-anai
Biar aku dan rakan-rakan yang setia bersusah payah untuk mencari ahli yang baru daripada susah payah untuk memuaskan hati orang yang tidak ada jiwa dalam VEE99 ini. Dan aku tidak susah hati kalau VEE99 ini kosong kerana lebih baik begitu dari ada orang2 yang hipokrit memancar disitu.
Macam salah satu tulisan 9W2AFR tulis dalam blognya... "Ini blog aku. Aku nak buat apa, aku punya pasal lah"
2 comments:
one word from me... beralah... jika tak 2 puak vee99... fikirkan...
Betul jugak tu... memang dah beralah tapi ada org masih tidak puas hati... dia mahu kita dihapuskan terus dari 'rumah' kita sendiri... 'tengah fikir nie...'
Post a Comment