Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Thursday, May 7, 2009

Hadnyai Thailand, Company Trip


Saat yang dinanti telah tiba.. malam ni 11.30 tepat masa berkumpul di tempat kerja sebelum bergerak ke Thailand. Dijangkakan 3 buah bas akan kesana, mengangkut staf-staf tempat kerjaku.
Agenda lain tidak aku ketahui sangat, hanya beberapa lawatan ke kuil yang aku tidak berapa gemar untuk turut serta. Apakan daya, urusetia yang handle program ini kebanyakkannya non-muslim. Tambahan esok hari wesak, mungkin mereka mahu lihat bagaimana sambutan nya di sana.
Apa-apa pun aku dah bersedia dengan lensa kamera aku, merakamkan detik-detik indah yang tidak dapat aku lupakan. Kali terakhir aku kesana tahun lepas, honeymoon bersama isteri.
Aku mengharapkan penyakit H1N1 yang melanda dunia sekarang tidak sampai kepada kami. Aku dah risik-risik awal-awal lagi dan juga kelihatannya diseberang sana suasana agak aman.
Dan seperti biasa, duit telah aku sedia untuk digunakan jika ada 'handy' yg murah2 yg memaut hatiku. Cadangnya nak cari yg berfrekuensi 200-300MHz... saja buat stok sebab tak ramai yang ada kat Malaysia ini....heheheheh

No comments:

Ratings and Recommendations