
Pertama ibuku, sebagai guru tidak formal dirumah. Aduhai.. bila dikenangkan meamng seksa hidup ini. Dipaksa belajar (aku jenis malas) dan mentelaah pelajaran sepanjang masa. Rutin ku dulu, aku jarang keluar kerana hanya berada dirumah dan belajar semuanya yang ada disekitar aku sahaja.
Guruku di Sekolah Rendah Kebangsaan (English)Pusing Perak, sekarang ada cikgu 9W2ZLA. Aku kenal cikgu Mat Saman (aruah), Miss Chen (keta mini, skirt Pendek), Mr elangovan, Mr Ng dan Puan Halimah. Wow!!... Dapat sekolah Inggeris lagi beb....
Sekolah Menegah Sultan Yussuf (SYS)... ada cikgu Damanhuri, Mr. Teh, Mr Kamarulzaman (suka cubit), Gurbacan Singh (cikgu PE) dan lain-lain....
Lepas itu aku ke STAR Ipoh dan terus ke USM Penang.... banyak pengalaman didapati dari 'guru-guru' yang telah mengajar aku erti hidup. Bagi aku guru2 bukan semestinya ada disekolah sahaja tetapi ada merata tempat dimana anda menimba ilmu pengetahuan.
Anyway..aku tabik kepada semua guru2 dan sifu2 yang berada diluar sana. Alhamdulillah, berkat ajaran anda semua, aku pula dapat mendidik mereka yang memerlukan ilmu dari aku selepas ini.
SELAMAT HARI GURU 2009....
No comments:
Post a Comment