Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Tuesday, August 25, 2009

Kemalangan Motorsikal lah pulak.


Hari ni sekali lagi aku ke GH. Ada staff kemalangan motorsikal masa nak masuk kerja lepas rehat tengahari.. So aku bergegas dgn Supervisornya ke Hospital. Jenuh nak cari parking. Penuh dengan kereta. Ramai pulak orang waktu tengahri tadi. Sampai di bahagian kecemasan aku cari dia. Rupanya ada di ZON HIJAU..Aku tanya guard tu..mana zon tu...hehehe...dia pun tak tahu.
Aku jumpa dia..luka kecil jer. Jatuh motor sebab nak elak makcik tu yg bawak motor keluar simpang tak tgk kiri kanan. Sian dia.. baru nikah jer minggu lepas... dah kena rehat... Dua jam lebih aku di sana, selesaikan Xray.. dressing dan Farmasi.. Last bawak dia balik rumah.... Samapi ofis kol 4.45..hhehe..dah nak abis waktu kerja.

Semasa aku dok cari2 pasal kemalangan..aku jumpa tips2 menarik untuk kita baca dan amalkan..

Apa yang kita boleh laku kan jika berlaku kemalangan jalan raya?

1. Jangan membuka topi keledar mangsa, ini akan memudarat kan jika mangsa mengalami patah leher.
2. Jangan beri minum air walaupun mangsa minta, ini untuk tujuan medik(pembedahan) dan elak kan dari mangsa termuntah.
3. Jangan mengalih kan mangsa dengan cara yang tak betul. Pegang kepala, peluk pinggang dan kaki.
4. Menghubungi Ambulans atau talian kecemasan 999. Beritahu perkhidmatan kecemasan, lokasi, mangsa terlibat, gambaran kemalangan.
5. Menutup tubuh mangsa untuk menghangat kan mangsa dan mengelak kan dari renjatan.
6. Lindungi atau alih kan mangsa dari panas matahari atau pun hujan untuk keselesaan mangsa
7. Bercakap dengan mangsa untuk menenang kan mangsa yang kebingungan. cth "jangan banyak bergerak, awak baru lepas kemalangan".
8. Pegang tangan mangsa untuk menyuntik semangat dalam diri mangsa.
9. Bertenang dan jangan cuba jadi hero sebelum menganalisis bahaya tempat kejadian seperti minyak tumpah , kaca atau pun letupan kebakaran
10. Periksa pernafasan mangsa dengan nadi, mendengar pernafasan atau pun merasakan pernafasan dengan pipi
11. Berhenti kan pendarahan dengan kain putih bersih dengan tekan secara ringan ke atas luka berkenaan.
12. Jika mangsa di dalam kenderaan, jangan gerak kan mangsa sesuka hati. Anda boleh merawat mangsa di dalam kenderaan.

No comments:

Ratings and Recommendations