Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Sunday, August 23, 2009

Polis Ambil Keterangan Aku


Selasa 11hb lepas berita mengejutkan aku terima, boss kena pukul kat kepala..teruk katanya.. Aku dapat panggilan dari pengawal bertugas di tempat kerja aku. Aku macam biasa, tidak panik dan cuba memastikan berita itu bukan satu penipuan atau gurauan. Aku beritahu pengawal tersebut siapa bg tau dia dan dimana dia dapat no fon kilang? Saja untuk memastikan kesahihan cerita. Pengawal tersebut menceritakan semuanya.
Jam menunjukkan 7.30 mlm. Fuh!! Belum mandi lagi sebab baru selesai makan malam. Aku menelefon pemaklum kejadian dan dia beritahu Boss aku dah dibawa oleh ambulan JPA dan yang lainnya diuruskan oleh polis. Zuuuppppp!! First time respon yang cepat dari pihak berkuasa. tak sampai 10 minit semua selesai. Aku call PA Boss cerita semuanya dan pesan dia suruh dia call sesiapa yang dia rasa perlu.... dan teringat JPA dan terus aku call 9W2TUO, isteri dia jawab..katanya ada kes di Bercham.. ya..aku pasti yg SHAH yg attend Boss aku itu. Aku pesan pada wife dia suruh shah call balik aku jika dia balik pulak.
Aku siap mandi dan bergegas dgn V6 XYL beserta mask H1N1 menuju ke GH. Dalam perjalanan Shah call.... "Boss kamu okay... dia kofius jer" ... lega hati aku walaupun aku dgn Boss memang selalu bertekak ditempat kerja.
Sesampai di hospital, aku tgk PA Boss dah ada, beserta HR Exec (apalah PA ni panggil mangkuk tu.. ) dan sipenyebok budak Mentenance beserta family Boss. Aku dgn baju kelab radio bertutup muka menjenguk2 boss dan menenangkan family diorang. Tgk kepala boss dah pecah..darah tak berenti-renti mengalir...dan dia hanya boleh cakap kepala dia sakit jer... Sian aku tgk anak dia yg cun tu tak berenti2 menangis. Tapi wife dia cool jer... maybe control cun kot!
Lama gak aku disitu sehinggalah Boss di bg bius dan di cuci lukanya.. Yg seronoknya, wife dia tanya.. "Who are you..ha?".. So aku hulur kad. Rupanya Boss aku tak pernah cerita pasal kerja dirumah.. Betul katanya satu masa aku mula kerja dulu...jgn bawak masalah kerja dirumah. ... Patut lah...
Dihospital aku disapa oleh wife Shah.. Aku tak cam dia sebab badan dah 'susut' lepas bersalin haritu. Maybe dia kenal aku sebab baju yg aku pakai haritu. Hrmmm..rasa mcm orang penting pulak bila kenal ramai orang nie.
Boss sekarang masih tak sedarkan diri lagi di Hospital Fatima. Otak dia bengkak dan nampak gayanya 50-50 jer kehidupannya. Difahamkan cedera teruk di otak itu menyebabkan darah membeku dan dia kini bergantung kepada mesin hayat sahaja.
Sabtu lepas polis JSJ datang ke tempat keja aku, tarik 4-5 orang untuk statement. 2 orang pengawal bertugas, pengurus, PA dia, aku dan beberapa lori driver. Solan demi soalan diajukan dan aku jawab selamba sahaja. Bila pegawai tu minta pendapat aku siapakah yang mungkin menjadi musuh Boss, aku serba salah nak jawab sebab ramai sangat musuh dia tapi sewaktu kerja sahaja.. biasalah arahan kekadang mnyusahkan kita tu yg geram tu. Tapi tak der sampai nak membunuh!
Apa-apa pun pengalaman disoal penyiasat JSJ adalah pertama dam hidup aku dan aku rasa mereka ini baik dan tidak menyusahkan. Mungkin aku bukan suspek mereka. Aku ada tanya mereka, dah ada suspek ke?..Mereka kata mereka juga berada dijalan buntu... tiada motif katanya.. Hmmm....kalau nak ikutkan dikilang tu org ramai tak suka pada aku... alamak..risaunya... tapi bila kereta berantena ni..orang dah respek kita.. sebab kita maklumkan kepada sesiapa yang bertanya, tujuan antena itu adalah boleh memanggil rakan2 jika dalam kesusahan... Berkesan jugak.. at least sebelum mereka kenal radio amatur ni...

No comments:

Ratings and Recommendations