Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Sunday, October 25, 2009

Ho Chi Minh Vietnam

Merancang dengan rakan saltmine nak jalan-jalan ke sana lepas dapat bonus lepas raya cina nanti. Group terdiri dari 8 orang bercadang untuk menerjah sahaja tanpa booking apa-apa tempat penginapan ataupun yang lainnya. Semua bersetuju untuk menghadapi sebarang risiko dan rasanya lebih 'thrill' dengan situasi begini. 

Cadangan asal adalah ke Indonesia sebenarnya, tetapi memandangkan dengan huru-hara dan ketidakstabilan cuaca, kami mengubah haluan ke Vietnam ini. Selepas ini rasanya akan ke Sri Lanka dan akan bertukar-tukar lokasi setiap tahun. Hobi baru aku ini nampak pelik tapi rasanya bukan mudah untuk melihat negara orang  dan aku memanafaatkan masa yang ada ini dengan sebaiknya. Aktiviti ini akan menjadi acara tahunan kami selepas ini.

2 comments:

Jurukaka said...

salam bang... sikit sebanyak gambar di http://jurukaka.blogspot.com/2009/04/hari-untuk-beralih-ke-persekitaran-baru.html

:)

BlogAdmin said...

Terima kasih atas infonya..

Ratings and Recommendations