Diary elektronik ini adalah untuk dikongsi bersama

Monday, November 30, 2009

Beraya di Kelantan


Cuti raya dihabiskan di Kelantan pada tahun ini. Walaupun kesakitan kaki aku masih terasa tapi memandangkan tujuan asal ingin berjumpa rakan lama aku teruskan juga niat itu.
Risau juga dikala musim tengkujuh dan gelombang kedua banjir pantai timur ini tapi aku redah jugak. Perjalanan yang agak lancar tersekat bermula di Machang dan Ketereh, disebabkan lampu isyarat yg agak 'bengong' itu.
Kami bernasib baik kerana menumpang di rumah rakan lama aku dan segala makan minum yg ditanggung beres. Lagipun tidak ada kedai makanan yang dibuka waktu cuti raya ni!!.

Cadangan ke Besut  sewaktu perjalanan pulang untuk berjumpa 9W2DFA terpaksa dibatalkan kerana kesesakan lalu lintas yang agak teruk. Perjalanan keluar ke Jeli mengambil masa yang agak lama dan merimaskan. Nasiblah kami bergerak keluar seawal 11.30pagi dan sampai dirumah 10.00malam!!... Satu perjalanan yang panjangggggggggggg...


Apa2pun aku agak gembira kerana dpt berjumpa rakan2 lama yang 25 tahun menghilang. Perubahan besar pada diri masing2 agak ketara termasuk jugak aku..

No comments:

Ratings and Recommendations