Letih..itu saja yang dapat dikatakan. Tapi pengalaman bersama rakan-rakan 4X4 ini memang tidak boleh dilupakan.
Meskipun plan konvoi 'bidan terjun', tetapi semangat berpasukan memang menebal dijiwa masing-masing. Dengan serba kekurangan dari segi pengalaman, kesemua peserta dapat menyesuaikan diri semasa bersama-sama dimalam tersebut.
Banyak yang perlu dibaiki dari segi susunatur program dan dirasakan untuk trip yang ke-dua nanti bolehlah diperbetulkan mana-mana yang boleh.
Apa-apa pun.. trip ke Telok Senangin ini membuka luas minda aku, pengalaman jentera 'kecil' aku menambahkan keazaman aku untuk mencari yang lebih 'besar' supaya redahan lebih selamba.
No comments:
Post a Comment